Maklumat
Terma Penggunaan dan Jualan
Kemas kini terakhir: 22 November 2026
Terma ni terpakai bila anda guna laman bytebot.my atau beli produk kami. Bila anda buat pembelian, anda bersetuju dengan terma ni.
1. Siapa kami
Byte Bot ialah jenama milik Precise Kod Global (No. SSM: [isi nombor SSM]), sebuah perniagaan berdaftar di Malaysia. Untuk apa-apa soalan, email kami di [email protected].
2. Produk
Kami jual produk digital: ebook PDF Motion Graphic dengan Claude berserta Pek Prompt. Tiada barang fizikal yang dihantar.
3. Harga dan bayaran
Semua harga dalam Ringgit Malaysia (RM). Harga yang anda nampak masa bayar ialah jumlah yang anda bayar.
Bayaran diproses oleh BayarCash melalui FPX, DuitNow QR atau kad. Kami tak nampak dan tak simpan nombor kad atau maklumat log masuk bank anda.
4. Penghantaran
Sebaik bayaran berjaya, link muat turun dihantar ke email yang anda isi. Biasanya sampai dalam beberapa minit.
Tak sampai dalam masa sejam? Semak folder Spam atau Promotions dulu. Kalau masih tiada, email kami dengan nombor resit dan kami hantar semula.
5. Lesen guna
Ebook ni untuk kegunaan anda seorang. Anda boleh guna prompt dan cara dalam buku untuk kerja sendiri dan kerja klien.
Anda tak boleh jual semula, kongsi atau upload fail PDF dan Pek Prompt ke mana-mana group, drive atau laman awam, dan tak boleh mengaku isi buku sebagai karya sendiri.
6. Kemas kini buku
Alat AI berubah dengan cepat. Bila ada langkah yang dah tak sama, kami kemas kini buku dan hantar versi baharu ke email pembeli tanpa caj tambahan.
7. Alat pihak ketiga
Buku ni guna alat luar seperti Claude, Runpod dan ElevenLabs. Setiap alat ada terma, harga dan had sendiri, dan boleh berubah tanpa notis daripada kami. Langganan alat tersebut tak termasuk dalam harga ebook.
Byte Bot tidak berafiliasi dengan Anthropic. Claude ialah tanda dagangan Anthropic PBC.
8. Hasil tidak dijamin
Kami tunjuk cara yang kami sendiri guna. Hasil anda bergantung pada komputer, langganan alat, masa dan usaha anda. Kami tak jamin apa-apa pendapatan atau hasil tertentu.
9. Had tanggungan
Setakat yang dibenarkan undang-undang, jumlah tanggungan kami untuk apa-apa tuntutan berkaitan produk tak melebihi harga yang anda bayar untuk produk tersebut.
10. Refund
Lihat Polisi Refund.
11. Undang-undang
Terma ni tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
12. Perubahan terma
Kami mungkin kemas kini terma ni dari semasa ke semasa. Tarikh di atas menunjukkan versi terkini. Pembelian anda tertakluk kepada terma yang berkuat kuasa pada hari anda membeli.
