Beli · RM89
Ebook baharu · Bahasa Melayu

Motion Graphic dengan Claude

Anda tak perlu belajar timeline, keyframe atau software berat. Copy prompt dari buku, tukar sikit ikut produk anda, dan Claude buat yang selebihnya. Kerja anda tinggal komen je.

RM89 untuk 50 pembeli twrawal. Lepas tu RM99.

Copy-paste prompt

Anda tak tulis satu baris kod pun.

BM santai

Penerangan macam anda bersembang.

Laptop atau telefon

Mac, Windows, dan satu bab untuk telefon.

Mula dari kosong

Belum pernah pasang Claude pun okay.

Masalahnya

Kenapa buat video sendiri rasa macam kerja kedua?

Masa

Satu video, satu hari

Cari klip, susun, letak teks, export, perasan silap, export lagi. Video 30 saat pun boleh makan setengah hari.

Kos

Editor bukan murah

Tanya harga editor, terus senyap. Setiap revision, bayar lagi, tunggu lagi.

Rupa

Nampak sama je

Guna template sama yang kebanyakan orang Malaysia guna, lepas tu hairan kenapa orang scroll tengok sepintas lalu je

Dibuat dengan Claude dan Blender

Faktanya

Anda perasan video AI orang lain semua hampir serupa?

Tajuk besar atas latar gelap, satu ayat, butang bulat. Bila semua orang minta benda yang sama dengan cara yang sama, Claude bagi jawapan yang sama. Video anda tenggelam dalam timeline orang. Puncanya mudah, dan semua Ini boleh dibaiki.

Prompt tiga patah perkataan

Anda tulis pendek, Claude isi tempat kosong dengan pilihan paling selamat. Paling selamat tu la biasanya paling biasa.

Tak pasang skill design

Claude tak ada citarasa sendiri. Tanpa skill design, dia guna gaya yang semua orang dapat.

Tak tunjuk rujukan

Video idaman tu ada dalam kepala anda. Claude tak boleh baca kepala anda.

Brand anda tak dikenalkan

Logo, warna dan font anda tak pernah diberi, jadi dia pilih sendiri. Pilihan dia sama untuk semua orang.

Cara dia jalan

Dari laptop kosong sehingga video siap

  1. Pasang dan kenal tool

    Sepuluh minit untuk pasang. Lepas tu anda test setiap tool satu per satu, setiap satu dengan satu prompt contoh.

  2. Ikut flow penuh

    Mula dengan design dan rujukan, buat sampel 5 saat, susun storyboard, komen ikut saat, masuk muzik. Dah puas hati baru render penuh.

  3. Simpan jadi skill

    Flow yang dah jadi, anda simpan sebagai skill. Lain kali, satu ayat je Claude dah faham apa yang anda nak.

Ebook atas meja kayu waktu petang, Byte Bot angkat tangan di sebelah

Penyelesaiannya

Belajar sekali je. Video seterusnya jadi lebih laju.

Buku ni bukan senarai prompt magic. Dia ajar cara macam mana nak bagi Claude tahu citarasa anda: rujukan, warna, font dan cara semak hasil. Setiap langkah datang dengan prompt yang kami dah jalankan, jawapan Claude dan hasil yang keluar, dari video promo sampai 3D dan talking head. Bila workflow anda dah jadi, simpan dia sebagai skill. Video seterusnya boleh mula dengan satu ayat je.

25bab dan 170 gambar rajah untuk komputer dan telefon
  • Skill design supaya Claude ada citarasa
  • Cara cari rujukan kat Pinterest dan YouTube
  • Fail design.md yang simpan DNA brand anda
  • Sample 5 saat dulu, render penuh sebelah anda puas hati
  • Bedah video yang anda suka, shot by shot
  • Workflow anda, disimpan jadi skill

Dalam buku

Intai sikit dalam buku

Prompt dalam kotak yang anda boleh copy terus, gambar rajah untuk hampir setiap langkah, dan hasil sebenar yang keluar. Tak ada langkah yang kami langkau sebab kami rasa “senang je”.

Teks dalam pratonton ni sengaja kami kaburkan. Nak baca betul-betul? Bab 3 penuh percuma.

Tekan atau swipe buku tu untuk selak.

Kulit buku Motion Graphic dengan Claude
Halaman pembuka Bab 3, HyperFrames
Halaman dengan kotak prompt dan jawapan Claude
Halaman langkah demi langkah dengan hasil video
Halaman dengan jadual dan rajah kartun

Masih ada lagi

Ni baru empat halaman.

  • Remotion dan three.js
  • Blender, 3D dengan cahaya sebenar
  • Render 3D guna GPU sewa
  • Storyboard dan revision ikut saat
  • Muzik dan suara
  • Video talking head
  • Edit video guna telefon

Nak baca yang selebihnya?

Satu PDF, bayar sekali.

Beli sekarang · RM89

Harga early bird untuk 50 pembeli pertama.

1 / 4

Sample percuma

Baca Bab 3 percuma

Bab 3 penuh, tak dikaburkan: anda install HyperFrames dan siapkan video pertama dengan satu prompt. Isi email anda, button download keluar terus kat sini.

Isi kandungan

25 bab, ikut workflow sebenar

Kulit buku Halaman pembuka Bab 1 Halaman dengan kotak prompt dan peta Halaman dengan rajah kartun langkah rakaman
Bahagian 1 · Sediakan Bab 1–2
  1. Pasang Claude. Dari download sampai folder projek pertama anda sedia.
  2. Cara Claude buat animasi. Kenapa Claude tulis kod, bukan lukis, dan tool asas yang anda perlu ada.
Kenal setiap tool Bab 3–9
  1. HyperFrames, video pertama anda
  2. Remotion, rupa app dan nombor naik
  3. three.js, objek 3D berpusing
  4. Blender, 3D dengan cahaya sebenar
  5. Render 3D guna GPU sewa. Filem penuh kami, kos render lebih kurang US$2.
  6. Motion2Code
  7. Gambar dan vektor jadi video
Flow motion graphic Bab 10–18
  1. Video Claude nampak sama?
  2. Design dan tipografi
  3. Rujukan motion
  4. Sampel pertama
  5. Storyboard
  6. Render semua
  7. Revision ikut saat
  8. Muzik dan suara
  9. Full render
Talking head, Git dan skill Bab 19–21
  1. Video talking head
  2. Git dan GitHub
  3. Simpan workflow
Contoh dan teknik lanjut Bab 22–24
  1. Contoh prompt dan library
  2. Tiru gaya video yang anda suka
  3. Resipi motion
Bahagian 2 · Telefon Bab 25
  1. Edit video guna telefon

Apa anda dapat

Bayar sekali, semua dalam satu PDF

  • Satu PDF, 25 bab, 170 gambar
  • Prompt dalam kotak, copy terus
  • Satu jenama contoh, Boba Meletup, dari logo sampai video akhir
  • Cara tiru gaya video, shot by shot
  • Bab khas untuk buat guna telefon
  • Bonus: Pek Prompt. Semua prompt dalam satu fail, sedia copy-paste.
  • Kemas kini percuma bila alat berubah
Ebook PDF

RM89 Harga asal RM99

Harga early bird untuk 50 pembeli terawal. Tak ada “harga naik tengah malam ni” palsu.

Beli sekarang

FPX atau DuitNow QR. Link muat turun PDF dan Pek Prompt masuk email sebaik bayaran berjaya.

Byte Bot di birai tingkap, sebelah cawan kopitiam yang dah tumbuh bunga raya, KL di belakang

Di sebalik Byte Bot

Kami guna apa yang kami ajar

Byte Bot, robot hitam dalam page ni, dan filem kat atas tadi kami buat sendiri guna cara dalam buku ni. Tak ada studio, tak ada editor. Render filem tu atas GPU sewa makan lebih kurang US$2 je.

Soalan lazim

Ada soalan lagi?

Kalau soalan anda tak ada kat sini, tanya kami kat Threads @bytebot.my.

Beli sekarang · RM89
Buku ni sesuai untuk siapa?

Sesiapa yang buat video untuk social media, tak kisah untuk jual barang, kerja atau suka-suka, dan nak video nampak mahal tanpa belajar After Effects dari kosong.

Saya tak reti coding langsung. Boleh ke?

Boleh. Anda tak tulis kod pun, Claude yang tulis. Kerja anda: copy prompt, tukar bahagian dalam kurungan dengan info anda, lepas tu komen hasil dia.

Lepas bayar, saya dapat apa?

Link muat turun masuk email anda sebaik bayaran berjaya: PDF buku dan bonus Pek Prompt, iaitu semua prompt dalam buku dalam satu fail, sedia copy-paste. Terpadam email tu? Ambil semula kat portal pelanggan guna kod sekali guna.

Alat AI asyik berubah. Buku ni cepat basi tak?

Alat memang berubah laju. Bila ada langkah yang dah tak sama, kami kemas kini buku tu dan hantar versi baharu ke email anda. Percuma, tak perlu beli lagi.

Kena bayar Claude ke?

Ya, dan kami tak nak sorok benda ni. Anda perlukan langganan Claude berbayar untuk guna Claude Code. Bab 1 terangkan pelan mana yang cukup. Tool lain dalam buku ni kebanyakannya percuma.

Boleh buat guna telefon je?

Boleh untuk kerja asas. Bab 25 tunjuk aliran penuh guna telefon. Untuk 3D yang berat, komputer lagi selesa.

Ni produk rasmi Anthropic ke?

Bukan. Kami jenama bebas yang ajar cara guna Claude, dan tak ada kaitan dengan Anthropic.

Tunggu apa lagi?

Hujung minggu ni, video pertama anda siap.

RM89 sekali bayar, kemas kini percuma. Tak ada langganan bulanan.

Beli sekarang · RM89